Ahad, Januari 21, 2007

Apakah benteng balak Tuhan?

Bismillah

Saya begitu tertarik hati dengan apa yang Pak Lah katakan semalam di buletin utama ketika mengulas berkaitan masalah banjir yang menimpa negeriku tercinta, Johor darul Takzim.

Antara petikan katanya:

"Perlu diteliti jika ada kekurangan dan infrastruktur dan sistem perparitan. Kenapa air naik cepat dan surut lambat?"

Menurut kajian, hujan turun semakin banyak akhir-akhir ini akibat pemanasan bumi. Ozon semakin tipis dan cahaya matahari semakin membakar bumi. Natijahnya, wap akan naik ke atas dan seterusnya menghasilkan hujan. Bila tahap kepanasan bumi semakin meningkat, maka wap yang akan naik ke udara semakin bertambah. Akhirnya hujan juga akan bertambah.

Amat benar apa yang diperkatakan oleh Pak Lah. Infrastruktur dan sistem perparitan perlu dikaji semula. Keadaan hujan yang semakin bertambah, limpahan air yang semakin banyak, tidak mampu lagi ditampung oleh sistem yang ada pada waktu ini. Demikian ulasan dan pemerhatian dari segi teori dan logikanya.

Namun begitu, pada pandangan saya. Hasil pemerhatian sepintas lalu berkaitan sistem perparitan negeri Johor dengan negeri perak. Saya dapati sistem di negeri Johor adalah lebih baik berbanding negeri Perak. Saya pernah menetap di Perak hampir empat bulan. Saya perhatikan boleh dikatakan tiada langsung persediaan yang dibuat bagi menghadapi musim tengkujuh.

Negeri Johor lain pula kisahnya. Di kampung saya misalnya. Akhir bulan november, jentera pengorek telah dikerah mendalamkan sungai. Ia sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Tapi apa yang menghairankan, tidak pula saya mendengar negeri Perak disimbah bah sedahsyat negeriku tercinta ini.

Akhirnya mungkin boleh saya buat kesimpulan hasil pemerhatian sekali pandang. Negeri Johor begitu rancak menganjur pelbagai acara hiburan umpama konsert di Danga Bay, sure heboh, jom heboh yang akhirnya sure banjir.

Lain pula kisahnya dengan negeri Perak yang muftinya begitu lantang menentang sure heboh. Muftinya begitu hebat membela martabat Islam. Isu murtad tidak henti-henti diperkatakan.

Bagi pandangan saya, inilah sepatutnya yang harus dikaji sedalam-dalamnya. Apakah benteng dan pertahanan balak dan bencana Tuhan menyentuh bumi yang penuh keindahan?

Sekadar pandangan dari insan yang penuh kehinaan

Wallahu a'lam



1 ulasan:

alzinki berkata...

assalamualaikum cik Amliyang kacak handsome bergaye.daripada petikan yang ana bacer tu,menunjukkan tafsiran yang di terjemahkan daripada ayat quran Quran.Maka benarlah aper yang diperkatakan oleh ustaz tu.Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengurniakan berbagai nikmat kepada bani israel yang tidak terhigga banyaknya.Namun dsebabkn kejahatan tangan2 mereka diatas muka bumi ini dengan enggan terhadap ajaran Musa lalu Allah ajarkan mereka dengan peringatan yang setimpal dengan aper yang mereka telah perlakukan