Isnin, Jun 26, 2006

Hari pertama Bazar Seri Selatan

بسم الله

Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar.... Hatiku terharu metah. Jiwaku dibalut rintik-rintik gerimis. Perasaan dibungkus hujan haru tak keruan. Entah kenapa pagi ini ketika kaki melangkah pulang ke rumah, jiwa terdetik rasa hiba bila melihat dan mengenang kehebatan dan kesungguhan mereka-mereka yang bertungkus lumus bekerja mengurus dan memastikan perjalanan Bazaria Seri Johor BKPJM berjalan lancar dan rapi.

Entah dari bila mereka memulakan tugas dan tanggungjawab yang bagi saya tidak kenal penat dan jerih. Ada yang tidur 8 jam, 4 jam, 2 jam dan ada juga yang tak tidur malam (tapi tidur pagi). Syabas dan tahniah kepada mereka-mereka ini. Moga Allah beri ganjaran yang setimpalnya.

Hatiku sangat tersentuh bila mereka bertungkus lumus bekerja. Pekerjaan yang tiada upah dan gaji melainkan lillahi taala. Tapi mereka sangat tekun dan rajin. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih ada lagi manusia seperti ini di dunia. Moga kita semua diberi ketetapan iman dan Allah sentiasa mengurniakan jiwa kita jiwa seperti mereka ini.

Hatiku juga amat tersentuh metah tidak terhingga. Maaf kata kalau terasa. Daku bukanlah manusia yang paling cemerlang mahupun sempurna. Sekadar ingat-memperingat sesama saudara. Kecewa dan geram pun ada juga bila ada mereka yang diberi tugas dan tanggungjawab, tidak melaksanakannya. Moga kita semua terhindar dari golongan seperti ini.

Entah kenapa hati ini macam tidak boleh terima kenyataan. Mereka-mereka dan kita semua kebanyakannya telah tahu dan telah pun ditarbiah serta dididik dengan pelbagai didikan. Kita semua tahu mana satu amal ifradi dan amal jamaie. Mana satu yang perlu diutamakan. Kita semua mengatahuinya.

Moga Allah memberkati Bazaria Seri Johor BKPJM 2006, moga dilancarkan perjalannya, ramai pengunjungnya dan sentiasa di bawah lembayung Inayah, Rahmat dan KesejahteraanNya.

Allahumma ya muqollibal qulub, thabbit qulubuna ala dinika wa'ala to'atik. Rabbana afrigh 'alina sobro wasthabbit aqdamana wansurna 'alal qoumil kafirin...
Amin....
والله أعلم بالصواب

Tiada ulasan: