Selasa, Jun 13, 2006

Khosois خصائص

Bismillah...

Berkepak dua, berparuh dan terbang diangkasa. Ia adalah jenis haiwan bernama burung. Itu khosoisnya (ciri-cirinya). Beroda dua, biasanya buatan daripada kayu, ditarik oleh seekor binatang yang hodoh bunyinya. Tentulah ia sebuah kereta himar. Itu khosoisnya (ciri-cirinya). Berkaki dua, bertangan dua, berambut hitam, ada sepasang mata, sepasang telinga, berhidung, punyai susuk tubuh, tentulah seorang manusia. Itu khosoisnya (ciri-cirinya). Dibuat dari tepung, berwarna coklat kekuning-kuningan, bentuknya agak lunjung, tentulah fino. Itu khosoisnya (ciri-cirinya). Semua di alam ini, ada ciri-cirinya tersendiri. Semua ciri-ciri ini amat bermakna dan amat penting untuk kita mengetahui dan mengenali sesuatu. Kalau telah sabit dan pasti ciri-cirinya, maka itulah zat dan bendanya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa. (Penjualan arak kini boleh didapati di kedai-kedai runcit di kampung-kampung)

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Mari sama-sama kita renung 15 ciri yang Rasulullah s.a.w khabarkan pada kita. Kita lihat pada diri kita dan buka pandangan pada sekeliling. Bagaimana dengan ciri-ciri ini? Adakah ia memenuhi persekitaran kita? Awas! Kalam Rasulullah tiada dusta. Janji Allah pasti tiba.


Sama-sama kita renungkan...


Wallahu a'lam

Tiada ulasan: