Rabu, Jun 28, 2006

Hari ke-3

بسم الله

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam buat Nabi junjungan. Syukur tak terhinnga, pagi ini telah masuk hari ke-3 Bazaria Seri Selatan. Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana dikurnia rezki yang luas. Sepanjang dua hari lepas, Bazar Seri Selatan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Pengunjung begitu ramai bermula dari hari pertama lagi. Walaupun ada yang mengatakan bahawa tarikh penganjuran Bazar adalah tidak sesuai. Mereka berpandangan, kita tidak mengikuti perkembangan semasa. Sekarang ini tengah demam piala dunia.

Entahlah! Bila difikir, kita adalah golongan agamawan, merupakan ulama in the making. Tetapi, kita (termasuk saya) masih lalai dengan perihal dunia. Saya fikir, alasan bahawa tarikh tidak sesuai kerana, imtihan masih ada lagi yang belum usai atau kerana hari-hari seperti ini biasanya kelas-kelas tafaquh di masjid-masjid sekitar Kaherah telah bermula dan rancak berjalan. Tetapi sedih bila piala dunia menjadi alasan. Ia seolah menjadi purerity atau menjadi lebih utama atas segalanya.

Begitulah keadaan dunia hari ini. Kita dihujani dan dibanjiri hal keduniaan dan hiburan hingga amat sukar untuk kita melawan dan menongkah arusnya. Hari ini, tiada siapa yang dapat lari dari perkara keduniaan dan hiburan dan amat sukar untuk melarikan diri darinya. Kerana dunia dan sekitar kita telah dipenuhi dengan pelbagai sampah hiburan yang melalaikan. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang paling taat dan patuh pada Allah.

Bazar Seri Selatan; perjalanan penuh 1001 ragam. Bagi pengunjung, mungkin layanan kurang memuaskan. Pihak kami memohon sejuta kemaafan. Maklumlah kami bukan ahli bidang perniagaan dan bukan bukan prolifik dalam membancuh air dalam cawan, membuat kuih talam, menebar roti canai atau memasak pelbagai makanan dan gulai.

Bagi pejuang-pejuang yang bertungkus lumus menjayakan dan melancarkan perjalan Bazar Seri Selatan, melaksanakan tugas dan amanah adalah suatu yang berat dan amat letai. Saya melihat mereka yang dilantik sebagai ad-hoc merupakan manusia tabah dan tinggi semangat juangnya. Kalau ajk, mereka bekerja mengikut shif, turn dan ada giliran. Tidak pula bagi ad-hoc. Saya melihat, tulang empat kerat mereka dikerah dari awal hingga usai Bazar. Suatu yang amat membanggakan. Hanya Allah sahaja yang mampu memberi balasan.

Amat kagum dan mempesonakan, bila hari ini Allah masih kurniakan manusia-manusia yang sanggup melakukan amal islami atas dasar kerana Ilahi walaupun tiada balasan berbentuk duniawi, tetapi mereka tetap tekun dalam menjalankan amanah yang diberi. Mudah-mudahan Allah lestarikan golongan seperti ini dan ditetapkan dalam perjuangan.

Sesuatu yang amat mengharukan bila ada teman-teman yang hanya menjadi tukang lihat, bersiar-siar dan duduk sambil menghisap rokok. Kenapa tidak ringan tulang membantu rakan yang amat letai menguruskan perjalanan Bazar. Maaf kata kalau terasa.

Sesuatu yang bagi saya cukup sadis dan membanggakan bila ada mereka yang bangun paling awal dan tidur paling lewat membuat kerja-kerja kebajikan. Sungguh cekal dan hebat. Saya ingin dan mencuba menjadi sepertinya. Tetapi, apakan daya tenaga saya terbatas. Saya amat sadis. Saya tidak punya ketahanan diri dan daya juang yang tinggi. Saya amat lemah dan tidak mampu melakukan kerja terus menerus. Mohon maaf kepada rakan-rakan kalau saya kurang menghulur bantuan. Inilah yang termampu dilakukan. Bila saya merenung kembali, memang saya masih belum layak dan tidak layak lagi menjadi pembela agama dibarisan hadapan. Saya amat lemah dan serba kekurangan

Moga-moga perjalan hari kita yang seterusnya sentiasa dalam berkatNya, lindungan dan RahmatNya.....

Amin...

والله أعلم بالصواب

Tiada ulasan: