Selasa, April 04, 2006

Bid'ah (ii)

Oleh Ilham harapan

Sebelum ini, telah saya menerangkan serba sedikit makna daripada beberapa hadis berkaitan bid'ah. Dan perbahasan saya terhenti pada menyatakan hujah bahawa terdapat beberapa perkara bid'ah tetapi tidaklah termasuk dalam dholalah (sesat) dan harap sidang sebelum membaca artikel ini, dapatlah membaca tajuk sebelumnya.

Dalam kitab Sorihul Bayan karangan Syeikh al-Harari dalam bab Bayan Anwa'ul Bidah M/S 267 cetakan Darul Masyari' menerangkan maksud kata 'bukan daripadanya' seperti berikut:"Sesungguhnya orang yang mereka-reka itu ditolak apabila apa yang direka itu bersalahan dan tidak bertepatan dengan syarak dan sekiranya ia bertepatan dengan syarak maka, tidaklah perkara tersebut tertolak. Berdasarkan dalil tersebut:-

1. Maksud firman Allah: "Dan adakan kasih sayang dalam hati orang-orang yang mengikutnya. Dan mereka mengadakan rahbaniyah (tiada beristeri dan mengasingkan diri), Kami tiada memerintahkaa kepada mereka, tetapi (mereka perbuat), kerana menuntut keredaan Allah.... (al-Hadid: 27)Ayat ini memberi keterangan berkaitan bidah hasanah. Jelasnya Allah memuji mereka yang telah melakukan rahbaniah (tidak beristeri dan mengasingkan diri) sedangkn Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memerintahkan yang demikian. Dan jelas di sini betapa amalan amalan bidah, tetapi Allah tidak melarangnya. Bahkan diberikan pula pahala di sisi Allah.

2. Maksud hadis Nabi s.a.w:Daripada Jarir bin Abdullah telah berkata: "Telah bersabda Nabi s.a.w siapa yang meletakkan di dalam Islam satu sunnah kebaikan, maka baginya ganjaran dan ganjaran siapa yang mengamalkannya selepasnya tanpa ada dikurangkan daripada pahala-pahala mereka sedikit pun dan baragsiapa yang meletakkan dalam Islam satu sunnah kejahatan, maka baginya dosa dan dosa siapa yang melakukan selepasnya tanpa ada dikurangkan dosa-dosa mereka sedikit pun. (H.R Muslim pada tajuk galakan bersedekah dalam bab zakat)Dalam membahaskan hadis ini, Dr Abdullah Kamil dalam kitab kecilnya Kalimatul Hadiah fil Bidah menerangkan bahawa bidah itu terbahagi kepada dua. Hasanah dan Sai'yiah.

3. Maksud hadis Nabi s.a.w:Daripada Rifa'ah bin Rafi' al-Zuraqi berkata: "Satu hari kami sembahyang di belakang Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w mengangkat kepala Baginda selepas rukuk pada salah satu rakaat, berkata seorang lelaki: "Sami'Allah hu liman hamidah" maka berkata lelaki di belakangnya: "Rabbana lakal hamdu kathiran toiyiban mubarokan fih." Maka ketika mana selesai solat Nabi bertanya: "Siapa yang berkata demikian" berkata seorang lelaki: "Saya." bersabda Nabi s.a.w: "Aku melihat 30 para malaikat berlumba-lumba dikalangan mereka siapakah yang akan menulisnya dahulu"(H.R Bukhari pada bab klebihan siapa yang bangun malam dalam bab solat terawih)

Berkata Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari pada syarah hadis ini: "Hadis ini menunjukkan bahawa harusnya mengada-adakan zikir dalam solat yang mana zikir tersebut bukanlah ma'thur daripada Nabi s.a.w selagi mana ia tidak bertentangan dengan apa yang datang dari Nabi s.a.w.

bersambung...

Tiada ulasan: