Jumaat, April 28, 2006

Meyelusuri lorong-lorong

Oleh Ilham harapan

Bismillah....

Sabtu lalu, buat kesekian kalinya kakiku dibawa melangkah menjelajahi cerok-cerok dan lorong-lorong gedung ilmu di belakang salah sebuah sebuah kiblat ilmu dunia iaitu al-Azharul Syarif Kaherah. Bersama dua rakan yang menemaniku. Seorang budak comel dan seorang lagi tak berapa comel. Menjelajahi lorong-lorong di belakang Universiti al-Azhar bertujuan mencari beberapa khazanah ulama silam dan muasarah.

Hari itu bagiku agak meletihkan. Sudah lama tidak jalan-jalan. Tujuan utama aku menyusuri lorong-lorong belakang Azhar adalah membelikan kitab rakanku untuk dibawa pulang ke Tanta esok hari. Jadi, orang kata sambil menyelam minum air. Sambil belikan kitab rakanku, aku tidak mahu ketinggalan juga memiliki beberapa buah kitab. Bermula dari maktabah yang betul-betul bertentangan dengan pintu keluar al-Azhar hinggalah satu tempat bernama Halaby, kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai.

Pertamanya aku telah set dalam mindaku Maktabah al-Azhar Lit Turath. Aku nak cari kitab Usul Fiqh karangan Dr Mohd Abu Nur Zuhair yang dikirim rakan sekuliahku di Tanta. Keduanya aku berminat nak cari kitab bertajuk al-Bid’atul Hasanah aslu min usulit tasyrik karangan Dr Isa Abdullah Mohammad dan beberapa kitab lain.

Kami berjalan dari satu maktabah ke satu maktabah dan aku mencari kitab al-Bid’atul Hasanah, amat sukar ditemui dan kadang-kadang rasa malu, takut dan cuak tu ada juga dalam hati-hati kami untuk bertanyakan tajuk kitab tersebut pada tuan kedai. Aku pun tidak tahu kenapa ada rasa cuak dan takut. Mungkin kerana sifat orang Melayu yang pemalu agaknya. Tapi sebenarnya aku dapat rasakan bahawa judul kitab al-Bid’atul Hasanah ini agak sensitif oleh beberapa pihak. Sebabnya, rasa malu, takut dan cuak akan mula hilang bila bertanya kitab berjudul al-Bid’ah karang Ibn ‘Usaimin dan yang seangkatan dengannya. Tapi ini hanya getusan hatiku sahaja. Tidak ada langsung kaitannya dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

Bagiku, sepanjang perjalanan kami, kitab-kitab karangan seperti Dr Abdullah Kamil, Hassan Saqqaf, Abdullah al-Harari hatta Dr Ali Jum’ah sendiri yang merupakan mufti Mesir, amat sukar ditemui dan boleh dikatakan tiada. Kenapa ya? Entah! Cuma, apa yang agak menarik perhatianku karangan seperti al-Bani, Ibnu ‘Usaimin, amat mudah sekali ditemui. Kenapa ya? Aku hanya mampu mengangkat bahu.

Wallahu a'lam

Tiada ulasan: