Sabtu, April 22, 2006

Ummu Ali dan kisah di sebaliknya

شكوت إلى وكيع سوء الحفظ فأرشدني إلى ترك معاصي
وأعينني بأن العلم نور ونورالله لا يهدى للعاصي
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...

Hari jumaat lepas, aku sangat menanti kehadiran seseorang ke rumahku kerana ada hajat yang bagiku amat besar perlu dilangsai. Fikiranku amat kusut dan mindaku semacam tidak mampu lagi ku urus dengan baik. Semuanya betabrakan lantaran masalah yang menimpa diri.

Usai jumaat, aku menatap komputer handsomeku. Aku masih menanti kehadirannya. Aku sentiasa bermohon ke hadratNya agar dia berkunjung ke rumahku hari ini.

“Salamualaikum. Wah.....! Bagaimana antum. Sihat ya.”

Alhamdulillah, kederangan aku suaranya dari muka pintu. Alhamdulillah dia datang ke rumahku. Tanpa membuang masa, terus aku mendapatkannya.

“Ahlan. Ahlan. Ust. Masnur, ana hajat.”

Aku membawa Ust Masnur ke bilikku. Aku tunjukkan padanya kitab warisan ulama silam. Khasyiyatan Qalyubi wa ‘Umairah. Aku tunjuk kepadanya satu permasalahn yang bagiku amat sukar dan memeningkan. Kami sama-sama berbincang. Merujuk pelbagai kitab dan mausu’ah. Tetapi mengecewakan hampir ke maghrib, masih tiada lagi bertemu jawapan.

Semalam dan sebelumnya, aku diberi amanah membimbing adik-adik tahun satu berbincang subjek fikh syafie nassi. Kitab Khasyiyatan Qalyubi wa ‘Umairah. Baca punya baca sampailah pada matan yang memeningkan aku yang telah aku bincang dengan Ust Masnur hari tu. Aku angkat bendera putih. Terus terang memang tidak mampu untuk aku merungkainya. Di penghujung pertemuan, aku mencabar mereka siapa yang mampu menyelesaikannya akan ku belanja satu makanan arab special (ummu Ali). Aku berani cabar sebab masalah ini bagiku amat sukar. Oleh kerana itu, beranilah aku mencbar.

Malam tadi, sedang aku minum teh dengan kawan-kawan, tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada salah seorang ahli kelas. Alangkah terperanjatnya aku, memang besar kuasa Allah memberikannya jalan penyelesaian. Hatiku terus bermonolog. ‘alamak! Alamat nipis lah kocek aku.’ Aku kata kepadanya esok ada kelas seperti biasa dan mengharapkan agar dia dapat terangkan kepada rakan-rakan semua.

Pagi tadi dia dengan jayanya telah merungkai masalah yang membumbu pemikiranku. Alhamdulillah, amat besar kuasa Allah. Sememangnya telah Allah berinya hidayah dan perlulah aku menunaikan janji membelanja ummu Ali 10.

Deduksinya yang dapat ambil ialah sebagaimana apa yang dikatakan Imam kita al-Syafie r.a sebagaimana di atas. Maksudnya:
Telah aku mengadu kepada guruku Waki’ tentang hafalanku yang buruk,
Maka, dia mengajarku agar meninggalkan maksiat,
Dan dia mengatakan kepadaku bahawa ilmu itu cahaya,
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pembuat maksiat.

Allah menutup pintu hidayahNya padaku dalam merungkaikan masalah ini kerana banyak benar maksiat yang aku lakukan. Alhamdulillah telah Allah buka jalan untuknya merungkai masalah itu. Tahniah.

Wallahu a’lam

Tiada ulasan: