Khamis, April 13, 2006

I Love U

Oleh Ilham Harapan

Saya tidak tahu kenapa saya mahu cerita pasal perkara ini. Fikiran saya juga buntu kenapa sering berkata perihal ini. Tapi hati saya tetap mahu bercerita tentangnya. Jari saya tidak boleh lagi dikekang menulis hal keadaannya.

"I love you" aksara berbahasa inggeris yang tidak asing pada gendang telinga dan biasa korneo mata kita memandang. “I love you” merupakan satu ungkapan kata yang mampu menggugat hati dan jiwa, perasaaan dan nubari hingga ke dasar yang paling dalam. Ia prosa kata yang amat unik dan paling menyentuh jiwa.

“I love you” adalah satu kalimah cinta. Cinta pula adalah suatu fitrah dan tabiat semulajadi manusia. Tidak dapat tidak, siapa jua, bagaimana keadaan mereka, kedudukan, keturunan dan apa jua yang ada pada diri mereka, akan mengakui bahawa hati tidak pernah khali dari rasa cinta. Lantaran itu, benarlah bahawa cinta dan manusia umpama aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan.

Cinta dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan begitu juga antara cinta dan kata-kata, antara cinta dan luahan adalah unsur yang sama seperti cinta dan manusia. Antara cinta dan ungkapan “I love you” keduanya tidak boleh dipisahkan. Kenapa?

bersambung...

wallahu a'lam

Tiada ulasan: