Ahad, April 09, 2006

Bid'ah (iii)

Oleh Ilham Harapan

P/s: Sila baca artikel sebelumnya (Bid'ah ii).

Daripada Hadis di atas, terang lagi bersuluh menunjukkan kepada kita bahawa bidah itu ruangnya amatlah luas dan bukanlah semua bidah itu dolalah (sesat). Sepertimana dalam hadis yang ke-3 di atas betapa sahabat Nabi s.a.w di dalam solatnya telah menambah zikir atau dalam bahasa mudahnya telah memperbuat bidah. Sedangkan tiada perintah dari Nabi berbuat demikian. Kita lihat bagaimana reaksi Nabi s.a.w dengan mengatakan bahawa sekumpulan 30 para malaikat berlumba-lumba menulis pahala mereka. Dan kita lihat secara jelas dan terang bagaimana Nabi s.a.w tidak pun mengatakan sahabat melakukan bidah dan mereka sesat. Bahkan Rasul s.a.w mengkhabarkan berita gembira pada mereka yang berbuat demikian.Sekadar tambahan beberapa perkara.

Tuntasnya sebagai satu deduksi; kita telah lihat perbahasan sebelum ini berkaitan makna bid'ah. Kita melihat bagaimana Dr Yusof Qardhawi mengatakan tiada pembahagian bidah hasanah mahupun saiyiah dengan dalil-dalil yang tertentu. Dan kita lihat juga bagaimana pandangan ulama yang mengatakan bidah terbahagi kepada dua hasanah dan saiyiah dan Imam Nawawi mengatakn bidah terbahagi lima. Pandangan mereka semua ini bukan pandangan kosong semata-mata nafsu. Tetapi berdasarkan dalil dan hujah tertentu.

Jelasnya, kedua-dua pihak masing-masing ada pandangan beserta hujah yang dikemukakan. Oleh itu, ingin saya menyatakan bahawa dalam masalah ini, tidak seharusnya kita bertelagah kerana jelas kepada kita bahawa ia adalah masalah khilafiah atau perselisihan pandangan dalam Islam. Mereka mempunyai hujah masing-masing dan mereka semua telah masyhur di kalangan kita tentang keilmuannya. Oleh yang demikian, bukanlah tugas dan peranan kita pada hari ini membahas dan memperbesarkan isu persilihan pandangan ini. Kerana dalam perkara ini, sampai bila pun kita tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Sepatutnya kita harus lebih menumpukan persoalan utama dan pokok dalam agama. Persoalan Khilafah dan Daulah Islamiah, persoalan murtad, persoalan penghinaan baginda Nabi s.a.w dan banayak lagi persoalan pokok yang harus diperbincang dan dibahaskan. Sidang pembaca sekalian, sedar atau tidak sebenarnya musuh Islam sedang bertepuk tangan melihat kita mempertikai dan membahas perkara yang tidak kunjung noktah. Mereka bersuka ria dan hidup senang lenang dan terus dalam keseronokan merampas, memusnah dan menghancurpunah umat Islam. Darah saudara kita di Palestin hari ini seolah telah halal. Di manakah peranan kita?

Untuk akhirnya; ingatlah pesanan Baginda Nabi s.a.w kepada kita dalam satu hadis: Daripada Abdu bin Hamid dan Ibnu Majah daripada Anas: "Sesungguhnya umatku tidak akan berhimpun di dalam kesesatan. Maka, apabila kamu melihat berlaku perselisihan, hendaklah kamu duduk berada di kalangan mereka yang ramai."

(H.R Ibnu Majah pada bab al-Sawadul A'zham dalam bab Fitan).

Wallahu a'lam

Tiada ulasan: