Selasa, April 04, 2006

Tawadu'

Oleh Ilham harapan

Berkata Imam Ali: "Tawaduk merupakan suatu nikmat yang amat tidak difahami oleh sesiapa yang berhasad dengki."

Pagi ini aku membaca sebuah kitab turath warisan Imam Nawawi r.a. Aku melihat satu-persatu kalamnya. Bila sampai di hujung, aku memerhati kalimah 'wallah hu a'alam.'

Aku terhenti sejenak, berfikir betapa aku melihat Imam Nawawi begitu tawadu dalam menyatakan kalamnya. Seperti yang kita ketahui, Imam Nawawi bukanlah manusia yang sembarangan. Beliau digelar 'muharrir mazhab' atau Editor mazhab Syafie.

Hari ini kalau kita amati di mana-mana akhbar mahupun majalah pada helaian pertama, kita akan lihat nama-nama editor seperti Padilah Hj Ali, Norizan Muslim dan beberapa nama lagi yang masyhur (sekadar menyebut beberapa nama). Kita lihat betapa mereka yang terpilih sebagai editor bukanlah calang-calang manusia. Kehebatan dan kemantapan mereka dalam bidang masing-masing sukar disangkal. Ini yang berlaku pada hari ini. Sebagai analoginya kita lihat kemantapan dan kehebetan mereka ini sehingga bergelar editor. Bukan sembarangan cekot. Begitu kalau kita lihat Imam Nawawi, adakah mudah-mudah ulama mengiktiraf beliau editor mazhab syafie kalau tidak kerana keluasan dan kemantapan ilmu yang dimiliki beliau. Namun apa yang membanggakan, beliau tidak takabur mahupun riya. Sungguhpun digelar editor mazhab, setiap akhir kalamnya beliau akan menyebut 'wallah hu a'lam.' Kita lihat betapa mulia dan tingginya ulama seperti ini. Tidak pernah memaksa orang mengikut pandangannya malahan membuka ruang kepada oarang lain mengutara pandangan dan pendapat. Walaupun ilmunya tinggi dia masih merendah diri.

Wallahu a'alam

Tiada ulasan: